Nama   : Azizah bt. Abdul Aziz

Umur    : 70

Ahli       : 2016

 

USAHAWAN PRODUK KESIHATAN DAN MAKANAN TRADISIONAL

Latar Belakang

Puan Azizah adalah salah seorang pengguna setia perkhidmatan di Pusat Internet. Beliau merupakan warga emas berstatus ibu tunggal. Selain aktif menjadi Pengerusi Ibu Tunggal kawasan Taiping. Beliau amat berminat untuk menceburi bidang perniagaan online selain ingin berkongsi kebaikan produk kesihatan dan makanan tradisional yang diusahakannya.
 
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Puan Azizah hanya mahir menggunakan SMS seperti Whatsapp dan hanya tahu mengenai medium atas talian untuk berniaga tetapi tidak pernah menggunakannya. Produk yang dibeli hanya digunakan sendiri dan dijual kepada rakan dan saudara terdekat. 
 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
 
Selepas menjalani latihan keusahawanan dan ICT yang dibimbing oleh Pengurus Pusat Internet 1Malaysia Kg Baru Pokok Assam, Puan Azizah semakin mahir menggunakan media sosial seperti FB dan Dashboard Komuniti. Beliau mempelajari penggunaan komputer, internet dan berjaya menghasilkan akaun pernigaannya di fb, memuat naik imej di dashboard komuniti dan mengambil produknya dengan lebih baik.Pelbagai kelas dihadiri beliau dan terus menyokong aktiviti di Pusat Internet.  
C:\Users\User\Downloads\Telegram Desktop\photo_2017-03-22_12-59-38.jpg