BELAJAR INTERNET, MICROSOFT OFFICE & MEDIUM SOSIAL

Nama  : Lee Az Yeen

Umur   : 40

Ahli      : 2016

 

 Latar Belakang

Cik Lee Ai Yeen telah berdaftar sebagai ahli Pusat Internet 1Malaysia Kg. Baru Pokok Assam pada 27/12/2016. Beliau merupakan golongan istimewa (OKU) kerana menghidap penyakit Skizofrenia. Walaupun begitu, beliau tidak memberi sebarang masalah terhadap petugas Pusat Internet semasa menghadiri kelas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum mengikuti kelas ICT, Cik Lee Ai Yeen tidak tahu melayari internet dan menaip. Beliau juga tidak pernah menggunakan medium sosial seperti Youtube
 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas beberapa sesi kelas, beliau sudah tahu melayari internet dan menaip surat dengan baik, membuat jadual/penyata. 
 
 
 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

USAHAWAN ONLINE PAKAIAN MUSLIMAH 

Nama  : Saliza bt. Mat Isa

Umur   : 47 tahun

Ahli      : 2016

 

Latar Belakang

Puan Saliza merupakan wanita bekerjaya kerana mengusahakan perniagaan kuih tradisional dan pada masa yang sama menjalankan perniagaan pakaian muslimah pada masa lapang. 
 
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 1Malaysia
Puan Saliza hanya menerima tempahan menghasilkan kuih dan tidak pernah menggunakan computer atau system atas talian untuk melakukan perniagaan. Beliau menjual produknya secara langsung di gerai miliknya. 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 1Malaysia
Selepas menjalani latihan keusahawanan dan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg Baru Pokok Assam, Puan Saliza mempelajari penggunaan komputer, internet dan berjaya menyertai perniagaan atas talian dropship dan menghasilkan akaun fb Gorgeous Muslimah Clothing. 
 
 

BELAJAR INTERNET DAN MENAIP

Nama: Lee Hong Kam

Umur : 75 tahun

Ahli    : 2016

 

Latar Belakang

Mr. Lee Hong Kam mendaftar keahlian di Pusat Internet 1Malaysia Kg. Baru Pokok Assam pada awal Oktober 2016. Beliau berusia 74 tahun semasa mendaftar dan mempunyai minat yang mendalam untuk mempelajari ICT. Setiap minggu beliau akan datang ke Pusat Internet 1Malaysia Kg. Baru Pokok Assam untuk mengikuti kelas asas komputer. 
 
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 1Malaysia
Sebelum mempelajari ICT, beliau tidak pernah menggunakan komputer sebelum ini dan tidak tahu cara mengendalikan komputer dan menggerakkan tetikus. Di Awal pembelajaran, beliau mengalami kesukaran untuk menggerakkan tetikus dan tidak klik pada subjek yang dikehendaki. Selain itu, beliau juga menaip dengan agak perlahan dan 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 1Malaysia
Selepas menghadiri kelas asas komputer untuk beberapa bulan, beliau berjaya mengendalikan komputer dengan baik terutama tetikus dan klik pada subjek yang dikehendaki dengan tepat. Selain itu, beliau juga berjaya menaip sepucuk surat dengan baik dan berjaya melayari internet sendiri. Jika sebelum ini beliau tidak tahu bagaimana untuk membaca surat khabar atas talian, kini beliau berjaya melakukannya dan rutin beliau setiap hari jika berkunjung ke Pusat Internet 1Malaysia adalah membaca surat khabar atas talian dengan sendiri dan menonton rancangan kegemarannya di Youtube.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

USAHAWAN KECIL PERKHIDMATAN LANDSKAP

Nama  : Mohamad Kamarul b. Mat Isa

Umur   : 28 tahun

Ahli      : 2016

 

Latar Belakang

Mohamad Kamarul merupakan seorang yang bekerja sendiri dalam bidang landskap. Dia bertindak sebagai pembantu pemasaran bagi mempromosikan perkhidamtan landskap yang dijalankan oleh ahli keluarganya 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Mohamad Kamarul merupakan seorang yang kurang berpengatahuan menggunakan internet. Dia melakukan pemasaran produknya melalui rakan dan saudara-mara. Dia hanya menjalankan pemasaran melalui pertemuan dengan klien di luar talian. 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas menjalani latihan keusahawanan yang dijalankan dia telah membuka akaun fb bagi mempromosikan produknya.  Beliau mula mewujudkan halaman utama untuk penjualan produknya dan berani menggunakan perkhidmatan perbankan secara online.                                                
                                                                 

USAHAWAN KECIL MENJUAL PROPS PERKAHWINAN

Nama: Rohayu bt. Mat Isa

Umur : 32 tahun

Ahli    : 2015

 

Latar Belakang

Cik Rohayu mereka bentuk grafik sekadar hanya sebagai hobi kerana beliau sudah mempunyai kerjaya tetap. Minatnya terhadap perniagaan menyebabkan beliau ingin menyertai bidnag perniagaan online. 
 
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 1Malaysia
 
Cik Rohayu hanya menerima tempahan untuk kawasan terdekat sahaja dan beliau tidak pernah menggunakan perbakan online untuk urusan jual beli.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 1Malaysia
Selepas menjalani latihan keusahawanan yang dijalankan beliau bersemangat ingin menceburi bidang perniagaan atas talian secara serius. Beliau mula mewujudkan halaman utama untuk penjualan produknya dan berani menggunakan perkhidmatan perbankan secara online. Pendapatan sampingan semakin bertambah dan permintaan juga semakin bertambah.