Nama       : Muhamad Dzulhafiq Ikmal

Umur       : 19Tahun

Ahli          : Jun 2017

Latar Belakang

Dzulhafiq merupakan seorang pelajar STPM yang belajar di sekolah King Edard IV, beliau merupakan seorang pelajar yang bakal menduduki STPM pada awal tahun depan.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT di PI, beliau meminta bantuan Petugas PI untuk membantu beliau dalam membuat tugasan yang diberi oleh guru di sekolahnya dan beliau masih tidak mahir untuk membuat apa-apa tugasan.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT, Dzulhafiq sudah mahir dalam membuat semua tugasan dan assignment yang diberi oleh guru di sekolahnya. Selain Microsoft Word, beliau juga mahir menggunakan Microsoft Power Point.

                                  14.PNG

                                   15.PNG

 

_______________________________________________________________________________________________________________________

USAHAWAN ONLINE - MAKEUP ARTIS (MUA)

Nama       : Muhamad Aliff Bin Mohd Badrin

Umur       : 25 Tahun

Ahli          : Februari 2019 

Latar belakang

Muhamad merupakan bekas pelajar di SMK King Edward IV dan sangat bergiat aktif dalam perniagaan Make Up Artis (MUA). Selain membuat perkhidmatan Make Up, Muhamad juga menjual barang-barang kosmetik, baju-baju, tudung dan barang-barang make up. Muhamad menceburi bidang ini sejak dari tahun 2016 sehingga kini perniagaannya semakin maju.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT dia hanya membuat make up berdasarkan permintaan pelanggan melalui no telefon. Dan tidak mahir mempromosikan perkhidmatan make up nya melalui laman sosial.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT dan penglibatan dalam menghadiri kelas keusahawanan di PI, belau sudah pandai mempromosikan secara terbuka. Kini ramai yang sudah mula mengenali kedai dan perniagannaya. Selain itu Muhamad juga berjaya membuka sebuah studio untuk kegunaan perkhidmatan Make Up nya sendiri.

 

                                           10.PNG

 

                                            11.PNG

                                             13.PNG

                                             12.PNG

 

_______________________________________________________________________________________________________________________

Nama   : Azizah bt. Abdul Aziz

Umur    : 70

Ahli       : 2016

 

USAHAWAN PRODUK KESIHATAN DAN MAKANAN TRADISIONAL

Latar Belakang

Puan Azizah adalah salah seorang pengguna setia perkhidmatan di Pusat Internet. Beliau merupakan warga emas berstatus ibu tunggal. Selain aktif menjadi Pengerusi Ibu Tunggal kawasan Taiping. Beliau amat berminat untuk menceburi bidang perniagaan online selain ingin berkongsi kebaikan produk kesihatan dan makanan tradisional yang diusahakannya.
 
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Puan Azizah hanya mahir menggunakan SMS seperti Whatsapp dan hanya tahu mengenai medium atas talian untuk berniaga tetapi tidak pernah menggunakannya. Produk yang dibeli hanya digunakan sendiri dan dijual kepada rakan dan saudara terdekat. 
 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
 
Selepas menjalani latihan keusahawanan dan ICT yang dibimbing oleh Pengurus Pusat Internet 1Malaysia Kg Baru Pokok Assam, Puan Azizah semakin mahir menggunakan media sosial seperti FB dan Dashboard Komuniti. Beliau mempelajari penggunaan komputer, internet dan berjaya menghasilkan akaun pernigaannya di fb, memuat naik imej di dashboard komuniti dan mengambil produknya dengan lebih baik.Pelbagai kelas dihadiri beliau dan terus menyokong aktiviti di Pusat Internet.  
C:\Users\User\Downloads\Telegram Desktop\photo_2017-03-22_12-59-38.jpg
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

USAHAWAN KECIL GERAI MAKANAN

Nama       : Nurul Syahawani Binti Sariman

Umur       : 25 Tahun

Ahli          : Ogos 2019 

 

Latar belakang

Syahawani merupakan seorang usahawan muda yang mempunyai bakat dan semangat yang tinggi dalam bidang perniagaan. Sejak dari sekolah lagi dia telah membantu ibu bapanya mengusahakan perniagaan makanan dan mula berjinak-jinak dan belajar berniaga melalui ibu bapanya.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT di PI, dia hanya membuka gerai ditepi jalan dan masih tidak tahu menggunakan media sosial untuk mengembangkan perniagaanya.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT dan penglibatan dalam menghadiri kelas keusahawanan di PI, belau sudah pandai mempromosikan perniagaan keluarganya secara terbuka. Kini ramai orang sudah mula mengenali kedai dan perniagannaya. Setelah berkhawin, beliau bersama suami membuka perniagaan di Lumut dan menjual makanan secara online dan juga maenggunakan platform yang sama untuk tujuan promosi.

 

                                    7.PNG

                                8.PNG

         9.PNG

 

_______________________________________________________________________________________________________________________

Nama   : Selasiah bt. Asri

Umur    : 50

Ahli       : 2016

 

USAHAWAN PERNIAGAAN DOBI

Latar Belakang

Puan Selasiah adalah seorang ibutunggal yang menyara anaknya dengan membuat perkhidmatan dobi dirumah. Pendapatan beliau adalah bergantung sepenuhnya dengan perusahaan dobi kecil-kecilan dirumahnya.
 
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
 
Puan Selasiah hanya menjalankan perniagaan di rumah. Pelanggannay adalah terdiri daripada rakan-rakan dan jirna tetangga. Puan Selasiah juga tidak mengiklankan perniagaanya dimana-mana kerana tidak mahir menggunakan media social mahupun mengedarkan risalah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
 
Selepas menjalani latihan keusahawanan dan ICT yang dibimbing oleh Pengurus Pusat Internet 1Malaysia Kg Baru Pokok Assam, Puan Selasiah semakian mahir menggunakan media social seperti FB dan Dashboard Komuniti. Beliau mempelajari penggunaan computer, internet dan berjaya menghasilkan akaun pernigaannya di fb, memuat naik imej di dashboard komuniti dan mengedarkan risalah hasil idea beliau sendiri.