Gerakan Belia Bersatu Malaysia  (GBBM) Pokok Assam, Taiping

Gerakan Belia Bersatu Malaysia cawangan Pokok Assam dipengerusikan oleh Ms Eeling Fong. Keahlian terbuka kepada para belia dikalangan usia 15 tahun sehingga 40 tahun. GBBM ini menggalakkan golongan belia Pokok Assam untuk berpersatuan bagi melahirkan belia yang sihat dari segi fizikal dan mental. Secara tidak langsung akan merapatkan lagi jalinan persahabatan antara ahli yang tidak mengira bangsa, pangkat dan agama. Setakat ini, GBBM Pokok Assam telah terlibat dalam pelbagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan di kawasan sekitar seperti program International Understanding Days di sekolah-sekolah sekitar Taiping iaitu Sek. KIng Edward, SMK St George dan SMK Hua Lian.