May be an image of food
 
KEMUDAHAN PUSAT INTERNET KOMUNITI UNTUK PdPR
 
IPOH, 26 Jan: Para pelajar yang mempunyai kesulitan untuk menjalankan Pelaksanaan Pembelajaran dan Pengajaran dari Rumah (PdPR) ekoran tiada peranti mahupun talian internet, boleh memanfaatkan fasiliti yang disediakan di Pusat Internet Komuniti (PIK) berhampiran mereka.
 
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Khairul Shahril Mohamed berkata perkara itu penting bagi memenuhi keperluan para pelajar di samping memastikan tiada yang ketinggalan dalam PdPR.
 
"Perak mempunyai keseluruhan 66 buah Pusat Internet Komuniti dan kesemua Pusat Internet Komuniti ini beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang.
"Kita memahami norma baharu yang kini banyak bergantung kepada pembelajaran secara maya berikutan pandemik COVID-19.
"Diharapkan mereka yang berkenaan dapat menggunakan kemudahan yang disediakan di 12 daerah di negeri ini, sedikit sebanyak membantu pelajar yang tiada gajet atau talian internet,"katanya.
 
Khairul turut menyenaraikan bilangan PIK di negeri ini dan nombor untuk dihubungi sekiranya orang ramai mempunyai pertanyaan lanjut.
Daerah yang mempunyai PIK termasuk Batang Padang, Kerian, Perak Tengah, Larut dan Matang, Bagan Datuk, Manjung, Hilir Perak, Kinta, Selama, Kampar, Hulu Perak dan Kuala Kangsar.
 
- Suara Perak