Bahulu ini dihasilkan oleh usahawan di bawah Jabatan Pertanian dan Amanah Ikhtiar Malaysia. Pengusaha Puan Sabariah Othman telah lebih 20 tahun mengusahakan kuih tradisional Melayu. Menggunakan bahan asas telur, tepung dan gula, kuih  ini mempunyai rasa yang lembut dan tahan lama. Ia boleh disimpan selama 2 minggu hingga sebulan.

Anak perempuan Sabariah, Aishah telah menghadiri kelas komputer yang diadakan di Pusat Internet Kg Baru Pokok Assam.  Hasil pembelajaran tersebut Aishah telah berjaya menggunakan Media Sosial untuk mempromosikan kuihnya. 

Penduduk disekitar Pokok Assam ramai yang berniaga untuk menambah pendapatan ataupun sebagai pendapatan utama mereka. Terdapat seorang penduduk tempatan yang menerima tempahan makanan sejuk beku seperti roti canai dan kuih-muih di kediamannya.

photo 2015-10-12 16-18-08