Pokok Assam mula dibangunkan sekitar tahun 1940-1945. Penduduk di kawasan ini majoritinya adalah berbangsa Cina, selain daripada bangsa Melayu dan India. Sehingga tahun 2010, terdapat kira-kira seramai 5,312 orang jumlah penduduk dengan bilangan tempat kediaman sebanyak 1,305 telah direkodkan. Kawasan persekitaran pula asalnya adalah hutan dan ladang getah. Menurut cerita orang lama di sini, nama Pokok Assam adalah diambil daripada kewujudan sebatang pokok asam jawa bersaiz satu pemeluk orang dewasa yang tumbuh berhampiran kawasan ini.

Kehadiran pokok assam ini telah menjadi buah mulut lalu menyebabkan kawasan ini dikenali sebagai Pokok Assam. Di sini juga terdapat sebuah Klinik Desa dibawah jagaan Klinik Kesihatan Pokok Assam, sebuah Balai Polis dan juga sebuah gelanggang bola keranjang yang dibuka kepada umum untuk beriadah.

photo 2015-10-12 17-25-09