USAHAWAN ONLINE - AGEN ONLINE SOBELLA, TUDUNG FAREHA, TUPPERWARE

Nama       : NUR AZILAH BINTI MAT DESA

Umur       : 32 Tahun

Ahli          : Jun 2020

Latar belakang

Puan Azilah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang banayk menghabiskan masa menjaga anak-anak dan membuat kerja rumah. Disebabkan masa yang banyak, beliau berpeluang membuat perniagaan secara online di rumah sahaja, beliau turut serta menjadi agen pelbagai produk seperti Sobella, Tudung Fareha dan juga Tupperware. Beliau memulakan perniagaan ini sejak awal bulan ogos 2019.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT di PIK, beliau hanya mewar-warkan produk perniagaan di whatsapp sahaja dan juga menghebohkan kepada jiran-jiran yang berdekatan dengan rumahnya. Pendapatan permulaan beliau sekitar RM 200 – RM 300 sebulan.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT,dan penglibatan dalam menghadiri kelas keusahawanan di PIK, beliau sudah pandai mempromosikan perniagaan secara terbuka. Kini ramai pelanggan sudah mula mengenali perniagaan yang dijual olehnya. Pendapatan beliau sekarang semakin meningkat sekitar RM 1000-1200 sebulan.

   Capture.JPG

   Capture 2.JPG

______________________________________________________________________________________________________________________

 

 

 

 

Nama       : MUHAMMAD FIKRI BIN MHD HAZHAR @ MOHD HAZHAR

Umur       : 21 Tahun

Ahli          : Januari 2019

 

Latar Belakang

Fikri merupakan seorang lepasan sekolah dan mengambil sijil elektik dan sekarang bekerja dengan bapanya sebagai kontraktor wirering.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT di PI, beliau langsung tidak tahu asas dan kemahiran computer dan tidak tahu bagaimana untuk mempromosikan perkhidmatan wireingnya kepada pelanggan menggunakan laman social.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT,dan penglibatan dalam menghadiri kelas computer di PI, beliau tekun belajar dan memahami setiap langkah dalam penggunaan computer bermula daripada perkakasan komputer sehinggalah membuat poster untuk mewar-warkan pperkhidmatannya dan juga serba sedikit mengenai media social dan cara membuat hebahan.

 

    165156879_511175683602799_5298853239380502068_n.jpg

 

    165915186_265011518632487_4218172391670178112_n.jpg

______________________________________________________________________________________________________________________

USAHAWAN WARUNG MAKANAN 

Nama       : Arshad Bin Yahya

Umur       : 46 Tahun

Ahli          : Ogos 2019

 

Latar belakang

Encik Arshad mengusahakan warung yang menjual pelbagai masakan panas, pagi tengahari dan petang. Warung in beroperasi pada setiap hari bermula pada pukul 7.00 pagi sehingga 6.00 petang.Warung ini mula beroperasi sejak dari tahun 2015 di Pokok Assam. Tempatnya yang selesa dan makanannya yang sedap membuat pengunjung sentiasa mencari warung ini.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT dia hanya membuat promosi di gerai-gerai sahaja dan pelanggan menyebarkan kesedapan masakannya.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT,dan penglibatan dalam menghadiri kelas keusahawanan di PI, beliau sudah pandai mempromosikan secara terbuka. Encik Arshad juga suda pandai membuat banner dan mepromosi masakannya di fb dan juga whatapps.

 

                                                                        3.PNG

                                                                        4.PNG

 

_______________________________________________________________________________________________________________________

 

 

Nama       : Siti Khalijah Binti Kamarudin

Umur       : 20 Tahun

Ahli          : November 2019 

 

Latar belakang

Khalijah merupakan seorang pelajar yang menuntut di UITM Pulau Pinang dan mengambil jurusan Pengurusan makanan. Beliau merupakan pelajar tahun akhir dan sedang membuat latihan industri di Hotel Marina, Lumut dan dalam proses untuk membuat laporan mengenai latihan industrinya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT di PI, beliau kurang mahir dalam menggunakan Microsoft word dan Microsoft excel dalam proses menyiapkan laporan untuk latihan industrinya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT, Khalijah sudah mahir dalam membuat tugasan dan laporan yang perlu beliau siapkan. Selain Microsoft Word, beliau juga mahir menggunakan Microsoft Power Point dan excel.

 

                                        5.PNG

 

                                         6.PNG

 

_______________________________________________________________________________________________________________________

USAHAWAN PRODUK KECANTIKAN DAN BABIES BLINK

Nama       : Nur Izyan Binti Zainal

Umur       : 28 Tahun

Ahli          : Disember 2018 

 

Latar Belakang

Izyan merupakan seorang usahawan muda yang mempunyai bakat dan semangat yang tinggi dalam bidang perniagaan. Beliau merupakan pekerja di GP Batteries SDN BHD di Johor dan sambil membuat perniagaan online.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT di PI, dia hanya membuka bekerja dan tidak mengetahui bagaimana untuk mempromosikan perniagaan kecil-kecilannya di media sosial.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT,dan penglibatan dalam menghadiri kelas keusahawanan di PI, belau sudah pandai mempromosikan perniagaan secara terbuka. Kini ramai orang sudah mula mengenali perniagannaya. Perniagaannya kini semakin maju dan semakin dikenali ramai.

                                    1.PNG

- Promosi di Media Sosial

                              2.PNG

 

_______________________________________________________________________________________________________________________