BELAJAR MICROSOFT OFFICE DAN INTERNET

Nama : Muhammad Iskandar b. Muhammad Fauzi
Umur  : 11 tahun
Ahli     : 2015

 

Latar Belakang 

Muhammad Iskandar bin Muhammad Fauzi berusia 9 tahun semasa menjadi ahli PI1M Kg Baru Pokok Assam bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sri Aman, Pokok Assam. Kini dia berumur 11 tahun dan sudah mengusai asas ICT dengan baik.
 
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 1Malaysia
 
Muhammad Iskandar pada asalnya tidak tahu menggunakan komputer namun dia adalah pelajar yang bersungguh-sungguh menunjukkan minat terhadap penggunaan ICT.
 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 1Malaysia
 
Petugas memperkenalkan emel dan facebook sebagai langkah awal mendedahkan dunia digital kepada Iskandar. Kemudian setelah Iskandar menunjukkan pencapaian yang baik, petugas mula mengajarnya menggunakan perisian kreatif seperti paint dan Microsoft publisher. Dengan bakat kreatif semula jadi yang ada padanya, Iskandar mudah menerima pengajaran yang diberikan dan sering muncul TOP 3 dalam setiap pertandingan yang diadakan.
 

USAHAWAN KECIL BATIK CANTING

Nama : Bismi Intan bt. Abu Bakar 
Umur  : 42 tahun 
Ahli     : 2016

 

Latar Belakang

Puan Bismi merupakan pencanting batik yang aktif membuka booth mencanting batik di Bazar Cross Street di Dataran Warisan, Taiping, Perak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum menjadi ahli Pi1M Kg Baru Pokok Assam, beliau hanya melakukan jualan secara fizikal di bazar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas menjalani latihan keusahawanan dan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg Baru Pokok Assam, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil karya dan dan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negara yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut.

bis

Selepas 9 bulan beroperasi, Pusat Internet 1Malaysia Kg. Baru Pokok Assam sudah melatih dan mendidik ramai komuniti terutama penduduk setempat dengan pendedahan kelas ICT, Latihan dan bengkel kepada semua golongan. Salah seorang peserta yang merasai perubahan dan impak positif pada dirinya ialah Pn Zarina bt Zakariah. Wanita berusia 45 tahun ini berkelulusan SPM dan merupakan seorang suri rumah. Walaupun tidak bekerja, tetapi beliau memiliki kemahiran menjahit dan berniaga secara kecil-kecilan sebagai Ejen Dropship secara atas talian (online).

Bertitik tolak pada pendaftaran keahlian beliau pada 25.03.2016, beliau telah menyuarakan hasrat hatinya untuk belajar komputer pada pihak petugas. Pendedahan pertama yang dipelajari oleh beliau adalah Asas Membuat E-mel. Beliau sendiri sedia maklum bahawa sebelum mencipta akaun Facebook Page, beliau perlu memiliki akaun e-mel untuk akses ke Facebook. Sebelum Facebook Page beliau dicipta, petugas pusat internet menasihatkan supaya beliau mengumpul material perniagaan terlebih dahulu seperti gambar-gambar produk berserta harga dan caption yang menarik.

Selepas itu, Facebook Page perniagaan beliau Berjaya dihasilkan yang diberi nama Reenaz Boutique https://www.facebook.com/Reenaz-Boutique-591228224252500/?fref=tsMaka, bermulalah episod baru dalam hidup beliau dengan memiliki platform perniagaan atas talian secara kecil-kecilan sebgai Agen Dropship Baju , beg tangan dan minyak wangi.

Beliau telah mahir upload gambar-gambar produk dan berinteraksi dengan pelanggan yang bertanya mengenai produk yang ditawarkan di Facebook Page perniagaan beliau. Kehidupan beliau kini berubah selepas mempelajari penggunaan internet untuk memulakan perniagaan. Selain ada pendapatan sendiri, internet juga membantu memperkenalkan hasil kerja/produk jahitan beliau. Tempahan jahit juga bertambah selepas pengiklanan khidmat jahitan di Facebook Page beliau.

13083084 1709044632709638 975750078855306774 n

Adik Izzat bin Zainul Abidin berusia 15 tahun dan berasal dari Pokok Assam, Taiping Perak. Beliau mula menghadirkan diri ke kelas-kelas ICT anjuran Pusat Internet 1Malaysia Kg. Baru Pokok Assam apabila dilantik sebagai Setiausaha Kelas. Sebagai seorang Setiausaha Kelas, beliau perlu menyediakan jadual tugasan kelas, menghasilkan borang kaji selidik, folio dan lain-lain tugasan sekolah yang memerlukan kemahiran penggunaan komputer. Dari situ, beliau mula mendaftar keahlian di Pusat Internet 1Malaysia Kg. Baru Pokok Assam untuk menyertai kelas ICT yang dianjurkan Pusat Internet 1Malaysia Kg. Baru Pokok Assam pada setiap minggu.

Sebelum menyertai kelas ICT di Pusat Internet 1Malaysia Kg. Baru Pokok Assam, Adik Izzat hanya tahu mengenai internet dan tidak tahu mengenai Ms Office dan penggunaannya.Menerusi kelas ICT anjuran Pusat Internet 1Malaysia Kg. Baru Pokok Assam, Adik Izzat telah mampu melaksanakan tugasan selaku Ketua Kelas dalam penyediaan Jadual Tugasan Kelas, Folio atau tugasan yang diberikan guru dan juga mengulang kaji pelajaran dengan jayanya.

12417674 1666455620301873 3007772407223318666 n

13319847 1721852088095559 8705836925436252439 n

13310543 1721852611428840 3886317871129693082 n