Selamat Menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021
 

        LED-v3.png

May be an image of food
 
KEMUDAHAN PUSAT INTERNET KOMUNITI UNTUK PdPR
 
IPOH, 26 Jan: Para pelajar yang mempunyai kesulitan untuk menjalankan Pelaksanaan Pembelajaran dan Pengajaran dari Rumah (PdPR) ekoran tiada peranti mahupun talian internet, boleh memanfaatkan fasiliti yang disediakan di Pusat Internet Komuniti (PIK) berhampiran mereka.
 
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Khairul Shahril Mohamed berkata perkara itu penting bagi memenuhi keperluan para pelajar di samping memastikan tiada yang ketinggalan dalam PdPR.
 
"Perak mempunyai keseluruhan 66 buah Pusat Internet Komuniti dan kesemua Pusat Internet Komuniti ini beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang.
"Kita memahami norma baharu yang kini banyak bergantung kepada pembelajaran secara maya berikutan pandemik COVID-19.
"Diharapkan mereka yang berkenaan dapat menggunakan kemudahan yang disediakan di 12 daerah di negeri ini, sedikit sebanyak membantu pelajar yang tiada gajet atau talian internet,"katanya.
 
Khairul turut menyenaraikan bilangan PIK di negeri ini dan nombor untuk dihubungi sekiranya orang ramai mempunyai pertanyaan lanjut.
Daerah yang mempunyai PIK termasuk Batang Padang, Kerian, Perak Tengah, Larut dan Matang, Bagan Datuk, Manjung, Hilir Perak, Kinta, Selama, Kampar, Hulu Perak dan Kuala Kangsar.
 
- Suara Perak

Capture

 

Kerjasama antara Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya mengajak orang ramai untuk menyertai

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK mengenai Amalan Cara Hidup Sihat Dalam Kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) di peringkat Kebangsaan 2018. Tema video adalah JOM AMALKAN CARA HIDUP SIHAT!

Mesej video berdasarkan 5 skop amalan cara hidup sihat.

1. Aktiviti Fizikal

2. Makan secara sihat

3. Tidak merokok

4. Bijak menangani stress

5. Sihat tanpa alkohol

Sila hantarkan penyertaan lengkap ke emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 1 September 2018.

JUMLAH PENDUDUK MENGIKUT KUMPULAN ETNIK KAWASAN KAMPUNG BARU POKOK ASSAM

Etnik

Bilangan

Melayu

784

Cina

3,648

India

774

Bumiputra lain

8

Lain-lain

7

Bukan warganegara malaysia

91

 

Jumlah

5,312

 

KEMUDAHAN

  1. Sekolah
  2. Masjid, Tokong Buddha, Tokong dan Gereja
  3. Pasar Pagi
  4. Pasar Malam
  5. Balai Polis
  6. Penjara
  7. Zoo dan safari malam
  8. Medan selera
  9. Taman Rekreasi
  10. Jabatan perkhidmatan veterina
  11. Bengkel dan stor majlis perbandaran Taiping
  12. Petrol pam
  13. Dewan orang ramai
  14. Taman rekreasi
  15. Klinik Kesihatan
  16. Klinik Pergigian
  17. Kedai runcit 
  18. Pasaraya
  19. Pejabat Pos