TAMAN TASIK TAIPING

Taman Tasik Taiping memang tidak asing lagi dikalangan penduduk setempat dan penduduk di luar negeri Perak. Ini kerana Taman Tasik Taiping menjadi suatu lokasi yang wajib anda kunjungi sekiranya berada di sekitar bandar warisan Taiping ini. Keindahannya yang dibarisi oleh pokok besar atau dikenali sebagai pokok angsana ini sangan cantik kerana dahannya memanjang dari jalan hinggalah ke air tasik. Oleh itu, tidak hairanlah Taman Tasik Taiping menjadi pilihan utama pasangan yang baru berkahwin sebagai lokasi penggambaran 'outdoor' perkahwinan mereka. 

ttt3

Selain itu, taburan bunga teratai yang terapung di atas permukaan air tasik sangat indah dan mendamaikan mata yang memandang. Taman Tasik Taiping juga sesuai dijadikan lokasi untuk berekreasi dan beriadah bersama keluarga tersayang seperti berkelah, bersenam dan sebagainya.

ttt2

ttt 1

 

MUZIUM PERAK

Muzium Perak merupakan institusi muzium tertua di negara ini yang diasaskan oleh Sir Hugh Low pada tahun 1883 yang menempatkan pelbagai koleksi spesimen zoologi, herbarium dan alat budaya masyarakat Melayu. Pembinaan bangunan muzium dilakukan secara berperingkat di mana fasa pertama dibina pada 1883 dan selesai pembinaannya pada 1886. Fasa seterusnya bermula pada 1889 dengan pembinaan serambi hadapan dan belakang.

Pada 1900, bahagian belakang bangunan asal telah disambung untuk Balai Pameran dan pembinaan ini siap sepenuhnya pada 1903.Pembinaan bangunan muzium ini diusahakan oleh Residen Perak, Sir Hugh Low dan kurator pertama Muzium Perak ialah Leonard Wray Jr. Keunikan bangunan muzium yang berunsurkan senibina Moorish ini merupakan pusat penyelidikan, pengumpulan, dan pemeliharaan warisan harta kebudayaan masyarakat tempatan serta sejarah alam semulajadi.   Muzium ini yang ditadbir oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti mempunyai tarikan utama iaitu koleksi orang asli yang lengkapdan terbaik. Selain itu, terdapat juga peralatan-peralatan peninggalan British seperti sauh kapal, tugu peringatan, kapal terbang dan lanca.  Kemudahan-kemudahan yang disediakan:

Tandas Awam
Tempat Letak Kereta
Kaunter Penerangan
Perpustakaan Mini
Pondok Telefon
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
Jabatan Muzium dan Antikuiti Wilayah Tengah
Muzium Perak
Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan.
Tel : 05-807 2057
http://www.museumperak.gov.my
muzium

 ZOO TAIPING DAN SAFARI MALAM

Night Safari merupakan satu tarikan baru bagi bandar Taiping dan yang pertama di Malaysia. Night Safari telah dirasmi pada 15 Jun 2003 oleh DYMM Sultan Azlan Shah memberi satu kelainan kepada pengunjung di mana keindahan dan keaslian alam semulajadi di waktu malam dapat dilihat. Night Safari mempamerkan hidupan-hidupan haiwan yang aktif di waktu malam yang memberi peluang kepada pengunjung untuk menghayati suasana alam semulajadi dan habitat asal hidupan liar di mana bunyi pelbagai jenis haiwan dapat didengari seperti burung pungguk, musang, kijang, harimau kumbang dan sebagainya. Dalam Anugerah Pelancongan Malaysia 2003, Zoo Taiping dan Night Safari telah berjaya memenangi Anugerah Tarikan Pelancongan Terbaik Kategori Buatan Manusia.

Night Safari Taiping adalah satu produk perlancongan unik di mana haiwan-haiwan yang aktif pada waktu malam dipamerkan dengan menggunakan lampu-lampu khas yang seakan-akan cahaya bulan. Pengunjung dapat menghayati suasana alam semulajadi dan habitat asal hidupan liar di mana bunyi pelbagai jenis haiwan dapat didengari.

 Untuk menghayati sepenuhnya pengalaman ini, pengunjung dikehendaki meminimakan bunyi-bunyian atau suara supaya dapat mendengar bunyi-bunyi haiwan ini, serta tidak mengganggu ketenteraman di Night Safari. Pengunjung dilarang membawa lampu suluh dan kamera berflash di Night Safari kerana ini akan mengganggu haiwan yang dipamerkan.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi: 

Zoo Taiping & Night Safari
Jln. Tmn. Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan.
Tel : 05-8086577
capture-20141229-103533