Selepas 9 bulan beroperasi, Pusat Internet 1Malaysia Kg. Baru Pokok Assam sudah melatih dan mendidik ramai komuniti terutama penduduk setempat dengan pendedahan kelas ICT, Latihan dan bengkel kepada semua golongan. Salah seorang peserta yang merasai perubahan dan impak positif pada dirinya ialah Pn Zarina bt Zakariah. Wanita berusia 45 tahun ini berkelulusan SPM dan merupakan seorang suri rumah. Walaupun tidak bekerja, tetapi beliau memiliki kemahiran menjahit dan berniaga secara kecil-kecilan sebagai Ejen Dropship secara atas talian (online).

Bertitik tolak pada pendaftaran keahlian beliau pada 25.03.2016, beliau telah menyuarakan hasrat hatinya untuk belajar komputer pada pihak petugas. Pendedahan pertama yang dipelajari oleh beliau adalah Asas Membuat E-mel. Beliau sendiri sedia maklum bahawa sebelum mencipta akaun Facebook Page, beliau perlu memiliki akaun e-mel untuk akses ke Facebook. Sebelum Facebook Page beliau dicipta, petugas pusat internet menasihatkan supaya beliau mengumpul material perniagaan terlebih dahulu seperti gambar-gambar produk berserta harga dan caption yang menarik.

Selepas itu, Facebook Page perniagaan beliau Berjaya dihasilkan yang diberi nama Reenaz Boutique https://www.facebook.com/Reenaz-Boutique-591228224252500/?fref=tsMaka, bermulalah episod baru dalam hidup beliau dengan memiliki platform perniagaan atas talian secara kecil-kecilan sebgai Agen Dropship Baju , beg tangan dan minyak wangi.

Beliau telah mahir upload gambar-gambar produk dan berinteraksi dengan pelanggan yang bertanya mengenai produk yang ditawarkan di Facebook Page perniagaan beliau. Kehidupan beliau kini berubah selepas mempelajari penggunaan internet untuk memulakan perniagaan. Selain ada pendapatan sendiri, internet juga membantu memperkenalkan hasil kerja/produk jahitan beliau. Tempahan jahit juga bertambah selepas pengiklanan khidmat jahitan di Facebook Page beliau.

13083084 1709044632709638 975750078855306774 n