USAHAWAN ONLINE - AGEN ONLINE SOBELLA, TUDUNG FAREHA, TUPPERWARE

Nama       : NUR AZILAH BINTI MAT DESA

Umur       : 32 Tahun

Ahli          : Jun 2020

Latar belakang

Puan Azilah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang banayk menghabiskan masa menjaga anak-anak dan membuat kerja rumah. Disebabkan masa yang banyak, beliau berpeluang membuat perniagaan secara online di rumah sahaja, beliau turut serta menjadi agen pelbagai produk seperti Sobella, Tudung Fareha dan juga Tupperware. Beliau memulakan perniagaan ini sejak awal bulan ogos 2019.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT di PIK, beliau hanya mewar-warkan produk perniagaan di whatsapp sahaja dan juga menghebohkan kepada jiran-jiran yang berdekatan dengan rumahnya. Pendapatan permulaan beliau sekitar RM 200 – RM 300 sebulan.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT,dan penglibatan dalam menghadiri kelas keusahawanan di PIK, beliau sudah pandai mempromosikan perniagaan secara terbuka. Kini ramai pelanggan sudah mula mengenali perniagaan yang dijual olehnya. Pendapatan beliau sekarang semakin meningkat sekitar RM 1000-1200 sebulan.

   Capture.JPG

   Capture 2.JPG

______________________________________________________________________________________________________________________