BELAJAR INTERNET DAN MENAIP

Nama: Lee Hong Kam

Umur : 75 tahun

Ahli    : 2016

 

Latar Belakang

Mr. Lee Hong Kam mendaftar keahlian di Pusat Internet 1Malaysia Kg. Baru Pokok Assam pada awal Oktober 2016. Beliau berusia 74 tahun semasa mendaftar dan mempunyai minat yang mendalam untuk mempelajari ICT. Setiap minggu beliau akan datang ke Pusat Internet 1Malaysia Kg. Baru Pokok Assam untuk mengikuti kelas asas komputer. 
 
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 1Malaysia
Sebelum mempelajari ICT, beliau tidak pernah menggunakan komputer sebelum ini dan tidak tahu cara mengendalikan komputer dan menggerakkan tetikus. Di Awal pembelajaran, beliau mengalami kesukaran untuk menggerakkan tetikus dan tidak klik pada subjek yang dikehendaki. Selain itu, beliau juga menaip dengan agak perlahan dan 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 1Malaysia
Selepas menghadiri kelas asas komputer untuk beberapa bulan, beliau berjaya mengendalikan komputer dengan baik terutama tetikus dan klik pada subjek yang dikehendaki dengan tepat. Selain itu, beliau juga berjaya menaip sepucuk surat dengan baik dan berjaya melayari internet sendiri. Jika sebelum ini beliau tidak tahu bagaimana untuk membaca surat khabar atas talian, kini beliau berjaya melakukannya dan rutin beliau setiap hari jika berkunjung ke Pusat Internet 1Malaysia adalah membaca surat khabar atas talian dengan sendiri dan menonton rancangan kegemarannya di Youtube.